Perkhidmatan Kami

Rancangan Strategi yang jelas

Individu yang berharta memerlukan rancangan strategi yang menyeluruh dalam menguruskan harta-harta mereka termasuk pengurusan kewangan, risiko kawalan, cukai, hal berkaitan zakat dan sedekah, pengurusan perniagaan, wasiat dan perancangan pencen. Kami akan saling bekerjasama dengan mereka untuk merealisasikan rancangan mereka dengan strategi perancangan kami.

Pengkajian tentang situasi keluarga

Kami akan mulakan dengan memahami secara keseluruhan tentang keluarga pelanggan seperti kehidupan, pelaburan yang telah dibuat atau sedang direncanakan. Selepas itu kami akan menaksir sama ada pembantu, pelaburan dan strategi risiko kawalan yang dijalankan akan merealisasikan impian pelanggan.

Perkhidmatan Pejabat Keluarga Maya

Pejabat Keluarga Maya ialah satu kumpulan yang bekerjasama dengan kepakaran masing-masing bagi pihak sesebuah keluarga. LSSB akan mengatur activiti-activiti bagi pihak anda dan seterusnya menyediakan satu hub fisikal yang membolehkan pakar-pakar kami menggunakan teknologi terkini untuk bekerjasama dan berjumpa melalui panggilan persidangan dan laman web. Kebaikan utama pejabat keluarga maya ini adalah kemudahan untuk bekerja dengan pakar-pakar intemasional yang bekerja di bidang mereka yang terdedah kepada banyak situasi dalam lingkungan cukai dan perundangan.

Tugas utama LSSB sebagai Pejabat Keluarga Maya adalah mengintegrasikan struktur-struktur yang compleks, produk dan perkhidmatan untuk keluarga tranasional yang berharta yang membolehkan cita-cita sesebuah keluarga itu tercapai. Sebagai ketua Pejabat Keluarga Maya, tugas kami adalah mengatur panel-panel yang pakar yang terpilih untuk merealisasikan objektif keluarga anda dapat dicapai untuk suatu masa yang telah ditetapkan.
Berikut adalah contoh-contoh analisis yang disediakan oleh Pejabat Keluarga Maya kami:

Perkhidmatan Pelaburan
  1. Mengkaji dan menilai pelaburan semasa
  2. Mengkaji pemberian asset dan melaksanakan perubahan yang dipersetujui bersama
  3. Memilih pengurus untuk semua kategori asset
Pengurusan Risiko
  1. Mentaksirkan risiko semasa strategi pelaburan
  2. Mengkaji risiko ke atas aset, sektor, Negara dan tahap keselamatan individu
  3. Mengadakan satu plan induk untuk perancangan risiko
  4. Mengadakan procedur-procedur untuk memantau kesemua risiko pelaburan yang tertentu
Perkhidmatan Risiko Pengurusan untuk Stok Tunggal
  1. Memantau posisi stok tunggal
  2. Bekerja dengan pilihan untuk mengurus risiko
  3. Mengkaji, mengadakan dan menjalankan strategi yang berlainan
  4. Mengkaji tabung pertukaran
Pelaburan-pelaburan yang lain
  1. Mengkaji pilihan-pilihan untuk pelaburan seperti hedge funds, harta persendirian, real estate, venture capital dan lain-Iain
  2. Mengadakan strategi pemberian yang bermakna dan mengadakan pelan untuk menguruskan aset-aset ini
  3. Menyediakan informasi pendahuluan dan pilihan untuk pelaburan
Perkhidmatan Perakaunan dan Cukai
  1. Membantu dalam pemilihan "tax professional"
  2. Bekerjasama dengan akauntan dan penyimpan buku untuk menyediakan peruntukan cash flow
  3. Bekerjasama dengan akauntan professional dari segenap negeri untuk mengoptimakan kemungkinan-kemungkinan peluang untuk perancangan cukai

Perancangan Estet

  1. Mengkaji pemilihan professional undang-undang cukai semasa
  2. Mengkaji struktur korporat, tabung amanah dan perancangan estet semasa
  3. Mengadakan dan menjalankan pengurusan estet yang berkesan
  4. Memantau dan mengubah perancanganjika perlu

Activiti Beramal

  1. Mengkaji program amal semasa
  2. Mengadakan dan mengubah cara-cara activiti amal dijalankan supaya ianya consisten dengan objektif
  3. Menyediakan informasi kepada "Donor Advised Funds, Tabung-tabung komuniti dan lain-Iain
  4. Memantau dan mengurus sumbangan aset pelaburan anda
Perkhidmatan Perbankan dan Kredit
  1. Menyediakan informasi kepada bank dan lain-lain institusi kewangan untuk kemudahan kredit
  2. Menyusun cagaran, kredit, penyewaan kenderaan dan sebagainya
  3. Mengurus dan memantau hubungan perbankan
Keperluan Insuran
  1. Mengkaj i keadaan insuran semasa
  2. Memperkenalkan agen-agen insuran yang umum
  3. Mengadakan program insuran yang menyeluruh
  4. Memantau dan mengemaskini keperluan insuran dengan pakar-pakar insuran
Non Financial Assets
  1. Memperkenalkan kepada pakar tentang pembelian harta yang melibatkan perumahan, kapal-kapal, lukisan, haiwan dan harta terkumpul
  2. Mengurus insuran dan aspek pelaburan untuk harta terkumpul
Kemudahan Keselamatan
  1. Memperkenalkan kepada professional yang akan mentaksirkan level keselamatan keluarga anda
  2. Memperkenalkan kepada pakar dalam hal berkaitan keselamatan peribadi, kediaman dan perjalanan
  3. Menyusun insuran yang berkaitan untuk melindungi daripada penculikan dan risiko lain
Pelan Pelaksanaan Yang berjaya

Kami kemudian akan mengandaikan tanggungjawab untuk melaksanakan pelan-pelan ini dengan memilih dan memantau pengurus pelaburan, mengatur berkenaan dengan undang- undang dan menasihati tentang pembayaran cukai dan mengatur insuran, aktiviti beramal, hartanah dan hal-hallain yang berkaitan. Setiap penasihat adalah bertanggungjawab ke atas sebahagian aspek pelan-pelan ini. Kami akan memfokus tentang keseluruhan pelan ini dan memastikan semua kehendak pelanggan akan dilaksanakan. Jika ada keperluan, kami akan meminta pakar-pakar dalam bidang tertentu untuk menguruskan pelbagai isu di serata dunia.

Pengurusan Kewangan Semasa Yang Mudah
 
Kami akan melakukan kajian yang menyeluruh, mengatur penasihat, memantau dan mengulas pelaburan, cukai, kejayaan pemiagaan dan isu pengurusan hartanah, membuat kajian tentang aktiviti beramal dan melaksanakan apa sahaja tugas untuk memudahkan pengurusan kewangan anda. Tugas-tugas ini merangkumi mencari gadaian untuk pembelian rumah kedua sehingga mencari pakar dalam bidang seni atau syarikat keselamatan. Pelanggan akan megurangkan hubungan kerja dengan ramai penasihat tetapi sebaliknya mempunyai satu hubungan kerja untuk melaksanakan strategi mereka.
 
Dengan kata lain, kami akan berkerjasama dengan anda dalam proses untuk:
 
Mencari keperluan, harapan, cita-cita, keraguan, toleransi terhadap risiko dan masa untuk memformulakan langkah-langkah yang lengkap mengenai pertimbangan kami. Kami percaya pelaksanaan yang dicadangkan akan merealisasikan cita-cita anda.

Proses:

  1. Pelan gaya hidup adalah berdasarkan kepada matlamat gaya hidup yang boleh dicapai
  2. Walaubagaimanapun, kebanyakkan pelanggan tidak dapat menjelaskan matlamat mereka secara terperinci menyebabkan mereka tidak bersedia dengan proses- proses yang akan dijalankan dan tidak memahami bagaimana untuk merealisasikan matlamat mereka. Perkara utama yang perlu dilakukan dalam Droses oerancangan kewangan adalah menetaDkan matlamat Deribadi anda. Tugas kami adalah untuk membantu menjelaskan matlamat jangkamasa panjang anda dalam konteks kedudukan kewangan semasa anda, selepas itu:
    1. Gaya hidup dan matlamat kewangan yang sesuai akan dipersetujui
    2. Anda akan dimaklumkan tentang hasil daripada simpanan semasa anda
    3. Kami akan membentangkan pilihan-pilihan yang mengandungi strategi-strategi dan pertimbangan teknikal berdasarkan kepada analisis yang diperlukan untuk merealisasikan matlamat anda
    4. Anda dikehendaki membuat keputusan mengenai pelan pelaksanaan dan setakat mana risiko pelaburan yang boleh diambil untuk merealisasikan matlamat anda Sebahagian daripada itu, kami akan bersatu dengan pakar-pakar yang lain sebagai laluan anda kepada satu kumpulan pakar yang dapat memenuhi kehendak anda dari segi kewangan dan undang-undang yang diperlukan.
    5. Seperti mereka, kami akan mengenakan bayaran ke atas pelan strategi kewangan kami, menginvois bayaran perundingan atau menerima bayaran untuk broker jika perlu.
Harapan:

  1. Kami bersedia menerima pelanggan dengan pelbagai paras aset asalkan mereka dapat menunjukkan kesungguhan dan kemampuari mereka dalam menyimpan dan menambahkan harta mereka dan kemampuan mereka dalam membuat keputusan dalam strategi yang kami cadangkan.
  2. Tugas kami adalah membantu anda dalam proses membuat keputusan yang terbaik tetapi anda sebagai pelanggan yang akan membuat keputusan terakhir .
  3. Sebahagian daripada perhubungan yang berterusan ini, adalahtugas kami untuk menjalankan pengkajian tetap tentang segala kemungkinan perubahan dalam isu peribadi, undang-undang dan kewangan dan mengkaji semula keberkesanan perancangan kewangan yang strategi dan keputusan pembahagian hartanah. Proses ini banyak melibatkan masa depan dari masa lampau. Perancangan adalah satu proses, bukannya satu perkara. Perancangan yang terdahulu adalah langkah yang pertama. Perkara yang utama dalam perancangan kewangan adalah prestasi sesuatu harapan.
  4. Kami percaya untuk memastikan program kewangan anda sentiasa berkesan dengan keadaan semasa, pertemuan dengan pihak kami adalah perlu untuk setiap 12 hingga 18 bulan. Kami akan menghubungi pihak anda untuk perbincangan tersebut. Bayaran untuk perkhidmatan kami adalah seperti yang dilampirkan.
Penglibatan anda:

Mengadakan satu pelan yang menyeluruh itu adalah mudah jika dibandingkan dengan disiplin dan penglibatan yang diperlukan dari anda untuk menjayakan strategi-strategi yang diperlukan untuk mencapai matlamat anda. Kami akan membantu anda untuk membina kekayaan asalkan anda bersedia untuk menyimpan dan melakukan apa yang Derlu untuk menjagaa aset anda.
 
 
Translate To German Tranlate To Spanish Tranlate To Russian Tranlate To Afrikaans Translate To French Translate To Dutch Translate To Italian Translate To Japanese Translate To Korean Translate Page To Portuguese Translate Page To Chinese

Copyright 2018 © Lombard Securities. All Rights Reserved.
Web Design Brisbane Website Design